Wanita Thailand Ditahan Bawa 11 Ketulan Mampat Dadah

ALOR SETAR: Seorang wanita rakyat Thailand ditahan bersama 11 ketulan mampat dadah dipercayai jenis ganja bernilai kira-kira RM33,000 di Stesen Bas Shahab Perdana, di sini pada Sabtu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kedah Supritendan Baharom Othman berkata operasi dilakukan pasukan JSJN Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah selepas menerima maklumat awam dan juga intipan.

"Semasa operasi 8.30 malam itu, wanita berumur 28 tahun terbabit berada dalam keadaan mencurigakan dan di sebelahnya terdapat sebuah beg pakaian. Kami kemudian memeriksa beg pakaian suspek dan menjumpai 11 ketulan mampat dipercayai dadah jenis ganja seberat 11 kilogram," katanya kepada pemberita, di sini Isnin.

Beliau berkata tidak ada dokumen pengenalan diri ditemui pada wanita tersebut yang dipercayai mahu menuju ke Kuala Lumpur berdasarkan tiket bas yang ada padanya.

Pemeriksaan awal juga mendapati suspek bukan pertama kali datang ke Malaysia semasa ditahan, malah sering keluar masuk negara ini dan boleh berbahasa Melayu, katanya.

"Kita percaya dadah yang dibawa suspek adalah dari negaranya dan ia mungkin melibatkan satu sindiket. Mungkin dia (suspek) dijadikan keldai dadah," katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung mandatori.

"Suspek direman shingga Sabtu depan untuk siasatan lanjut," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artis sedih kena potong duit

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Artikel Lain