suria

Wan Mohamad Zaki Dilantik Ketua Pengarah Risda Yang Baru

KUALA LUMPUR: Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad dilantik sebagai Ketua Pengarah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) yang baru.

Pengerusi Risda, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata pelantikan Wan Mohamad Zuki berkuat kuasa 27 Julai lepas, mengantikan Datuk Mohammad Izat Hasan yang bersara wajib pada 26 Julai.

Wan Mohamad Zuki sebelum ini bertugas sebagai Pengarah Pentadbiran dan Audit, telah berkhidmat dengan Risda sejak Mei 1980.

Rahim turut memaklumkan bahawa Datuk Ali Nordin Wahiduddin, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Risda telah dipinjamkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Risda Holdings iaitu anak syarikat Risda berkuat kuasa Selasa.

Rahim juga berkata Risda telah meningkatkan kadar bayaran bantuan daripada RM7,000 kepada RM9,230 bagi satu hektar tanah kepada pekebun kecil yang mengusahakan penanaman semula getah di Semenanjung.

"Manakala bagi Sabah dan Sarawak, kadar bayaran bantuan turut meningkat dari RM7,000 hingga RM14,540 bagi satu hektar tanah penanaman semula," katanya dan menambah terdapat kira-kira 400,000 pekebun kecil di negara ini. - BERNAMA

Artikel Lain