suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

UPP Kelantan Rampas Pil Kuda RM280,000 Dalam Bas Ekspres

PASIR PUTEH: Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Kelantan berjaya merampas bungkusan mengandungi pil kuda bernilai RM280,000 di dalam sebuah bas ekspres semasa mengadakan sekatan jalan raya di Bukit Yong di sini, Rabu.

Komander UPP Kelantan Mazlan Che Hamid berkata seorang lelaki berusia 32 tahun ditahan kerana disyaki memiliki pil berkenaan dalam operasi bermula 8.30 malam hingga 2 pagi, membabitkan seorang pegawai dan 16 anggota.

"Pil-pil itu disimpan di dalam sebuah beg pakaian yang diletakkan di ruang simpanan barang di atas tempat duduk sebuah bas ekspres dalam perjalanan dari Kota Baharu ke Kuantan," katanya ketika ditemui pemberita.

Mazlan berkata pihaknya percaya pil itu diperoleh dari negara jiran untuk pasaran di sekitar negeri berkenaan.

Dalam operasi sama, UPP juga berjaya merampas pelbagai barangan seperti mercun, bunga api dan pakaian berjenama tiruan bernilai kira-kira RM21,000.

Beliau berkata operasi mencegah penyeludupan akan ditingkatkan menjelang sambutan Aidilfitri hujung bulan ini. - BERNAMA

Artikel Lain