suria

Muktamar Tahunan PAS: Semua Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Kekal Jawatan

GOMBAK: Semua pimpinan tertinggi Jawatankuasa Kerja Dewan Ulama PAS pusat mengekalkan jawatan masing-masing tanpa ada pertandingan bagi sesi 2011/2013 pada Muktamar PAS ke-57 di sini Khamis. Perkara tersebut diumumkan oleh, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Induk PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman mengumumkan keputusan tersebut pada pukul 3.30 petang tadi.

“Saya kagum dengan sikap perwakilan yang tawaduk dan ambil sikap musyawarah apabila setuju supaya tidak ada pertandingan pada pemilihan Dewan Ulama kali ini.

“Ini merupakan sejarah yang tidak pernah berlaku sejak penubuhan PAS,” katanya ketika mengumumkan keputusan pemilihan PAS pusat yang diadakan di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM), Taman Melewar pada Khamis. Menurut Abdul Halim, keputusan tersebut telah dipersetujui secara sebulat suara oleh kepimpinan tertinggi pada satu mesyuarat tertutup sebelum muktamar penuh diadakan.

Keputusan itu sekaligus mengekalkan Datuk Harun Taib sebagai Ketua Dewan Ulama sementara Datuk Ahmad Yaakub sebagai Timbalan manakala, Datuk Dr Mahfodz Omar turut kekal sebagai Naib Ketua.

Artikel Berikut

Artikel Lain