19.901kg Minyak Subsidi Dirampas - Semasa | mStar

19.901kg Minyak Subsidi Dirampas

PETALING JAYA: Sebanyak 19.901 kilogram minyak masak bernilai RM49,753 dirampas dalam serbuan di sebuah premis di Bandar Pinggiran Subang di sini yang dipercayai membungkus semula minyak masak subsidi untuk dijual semula kepada industri tempatan.

Ketua Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kuala Lumpur, Mohamad Mokhtar Yeop berkata serbuan pada pukul 5.30 petang Selasa itu melibatkan enam pegawai dibuat hasil maklumat orang awam.

Beliau berkata turut ditahan ialah 11 pekerja termasuk dua pemandu lori serta seorang penyelia warga tempatan dan lapan rakyat Pakistan yang berumur lingkungan 30an.

"Ketika ditahan mereka baru hendak memulakan tugas menggunting paket minyak masak 1 kg untuk dimasukkan ke dalam tong sebelum dimuatkan ke dalam tong yang boleh diisi sebanyak 16.2 kg setiap satu," katanya.

Mohamad Mokhtar berkata manakala seorang lagi pemandu lori yang membawa muatan 50 botol minyak yang berisi 5 kg setiap satu dipercayai baru pulang dari mengutip minyak ditahan satu jam kemudian.

Katanya, turut ditemui pada serbuan tersebut adalah 1,002 tong minyak masak yang berisi 16.2 kg setiap satu di mana keseluruhannya ialah 16,232 kg.

"Sebuah lagi lori di dalam premis tersebut yang mengandungi 2,669 kg minyak turut ditemui selain sebuah forklift (trak angkat susun), "katanya.

Kedua-dua lori, forklift, dan kesemua minyak masak yang dirampas dianggarkan bernilai RM 75,000, katanya.

Beliau berkata, pihaknya percaya minyak masak tersebut mungkin untuk dijual kepada industri tempatan atau diseludup ke luar negara dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain