suria

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa Mulakan Siasatan Kes Lynas

KUALA LUMPUR: Panel pakar Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang bermesyuarat di Kuantan pada Selasa memulakan pertemuan kerja mereka dengan wakil-wakil pihak berkuasa negeri dan jabatan-jabatan teknikal negeri berkaitan.

Panel itu berada di sini untuk menyiasat aspek kesihatan dan keselamatan cadangan pembinaan kilang nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di sini Isnin menyebut panel itu juga menemui wakil kumpulan-kumpulan termasuk "kumpulan warga prihatin Kuantan" yang diketuai oleh Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

Perbicaraan awam itu akan disambung pada Selasa.

Dalam penghujahan Fuziah kepada panel pakar itu, beliau mengulas bahawa panel itu tidak memasukkan seorang pakar perubatan dalam pasukan itu.

Panel pakar itu dilantik oleh IAEA dan terdiri daripada pakar-pakar mengenai isu-isu kesihatan dan keselamatan berkaitan radiasi, kata MITI.

Pasukan IAEA pernah melaksanakan misi yang serupa sifatnya di negara-negara lain dan kes Lynas bukanlah unik, katanya. - BERNAMA

Artikel Lain