807 Anggota DAP Pulau Pinang Keluar Parti Sertai MIC - Semasa | mStar

807 Anggota DAP Pulau Pinang Keluar Parti Sertai MIC

BUTTERWORTH: Seramai 807 anggota DAP pelbagai kawasan parlimen di Pulau Pinang bertindak keluar parti dan menyertai MIC kerana tidak puas hati dengan hala tuju parti itu serta janji kosong pemimpinnya.

Presiden MIC Datuk G. Palanivel berkata tindakan itu diambil dengan rela hati kerana individu terbabit berpendapat perjuangan mereka dalam DAP sia-sia.

"Mereka bertindak demikian kerana mendakwa parti pembangkang hanya menabur janji kosong, dan apabila masalah rakyat dirujuk, mereka tidak mampu menyelesaikannya.

"Mereka juga memaklumkan kepada saya bahawa bantuan yang diterima di kawasan mereka disalurkan oleh Barisan Nasional (BN) dan MIC," katanya kepada pemberita selepas bertemu masyarakat India di sini malam Ahad.

Pada majlis itu, wakil kumpulan berkenaan menyerahkan borang permohonan menyertai MIC kepada Palanivel.

Sementara itu, bekas Pengerusi DAP Teluk Indah D.Sampunathan, 52, berkata beliau menyertai parti tersebut sejak 20 tahun lepas, bagaimanapun, sejak memerintah Pulau Pinang, pemimpinnya 'seperti kacang lupakan kulit.'

"Sejak (DAP) menang, mereka sudah lupa pada pengundi termasuk saya yang telah lama bersama parti itu, semua yang dijanjikan masa pilihan raya lepas tidak ditunaikan," katanya yang kecewa dengan pemimpin DAP.

Bekas pembantu khas Anggota Dewan Undangan Negeri Bagan Dalam A.Thanasegan iaitu R.Lily, 46, berkata beliau bertindak keluar parti kerana malu dengan masyarakat setempat kerana DAP tidak menunaikan janjinya.

"Semasa berkempen, mereka janji hendak bantu masyarakat India di kawasan Bagan Dalam, tetapi sampai sekarang, langsung tidak ada apa-apa, orang di sekeliling pula bertanya kepada saya.

"Bila saya tanya, mereka (pemimpin) kata tidak ada peruntukan dan kena tunggu dulu, tapi sampai bila kami nak tunggu, sedangkan mereka hidup senang lenang manakala kami terus susah," katanya.

Bagi A.Vasan, 51, DAP hanya memperjuangkan satu bangsa sahaja manakala masyarakat India yang telah menyokong parti itu dianaktirikan.

"Kami telah jumpa parti yang mampu memperjuangkan semua bangsa iaitu BN," katanya. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain