Wanita Dibunuh Kerana Enggan Terima Lamaran - Semasa | mStar

Wanita Dibunuh Kerana Enggan Terima Lamaran

ALOR SETAR: Hanya kerana enggan berkahwin dengan teman lelakinya, seorang wanita berumur 23 tahun ditikam hingga mati di bilik sewaan lelaki itu di Taman Mahkota, Jalan Stadium di sini, malam Isnin.

Mayat Ratna Sufizzah Riyanti Omar ditemui pada pukul 11 malam dengan kesan tikaman di perut, dada dan tangan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata kejadian dikatakan berlaku ekoran wanita itu menolak lamaran teman lelakinya yang berusia 50 tahun menyebabkan lelaki terbabit berang dan bertindak luar kawalan.

"Suspek yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran di sini sejak sebulan lepas menyerah diri di balai polis di sini kira-kira pukul 1.30 pagi dengan membawa pisau yang digunakan untuk membunuh mangsa setelah dinasihatkan oleh majikannya.

"Suspek mengenali mangsa sejak lima hingga enam tahun lepas. Suspek telah mempunyai keluarga di Johor," katanya pada sidang akhbar di sini, Selasa.

Difahamkan wanita yang berasal dari Kampung Balik Bukit, Tobiar, Pendang itu bekerja di sebuah kilang di Gurun selepas menamatkan pengajian dalam bidang Sains Nukleas di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Ogos lepas.

Adzaman berkata lelaki itu akan direman bagi membantu siasatan. Kes akan di siasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Mayat wanita itu dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk bedah siasat.

Sementara itu, keluarga wanita berkenaan yang ditemui di bilik mayat HSB enggan ditemubual. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain