suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

1,100 Permit Ceramah Dilulus Setakat Ini

KUCHING: Polis telah meluluskan 1,100 permit ceramah sehingga hari ini kepada parti-parti yang bertanding dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-10 ini, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohmad Salleh.

Daripada jumlah itu, 250 pemit diluluskan dalam tempoh 24 jam lepas, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini, Selasa.

Mohmad sekali lagi mengingatkan parti-parti yang bertanding agar mengamalkan etika yang betul dan tidak menyentuh sensitiviti perkauman bagi memastikan keamanan sepanjang berlangsungnya proses demokrasi ini.

"Pihak polis tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang aktiviti yang dikesan melibatkan penghasutan dan provokasi.

"Negara kita mempunyai masyarakat majmuk, jadi isu-isu yang boleh menimbulkan perasaan tak puas hati mestilah diberi perhatian sewajarnya bagi memastikan negara harmoni dan semua kaum saling hormat menghormati," kata beliau.

Mohmad berkata kertas undi untuk anggota polis yang mengundi secara pos sudah diedarkan kepada pusat-pusat mengundi yang terlibat semalam. -BERNAMA

Artikel Lain