suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

ADUN Lenggeng Dipenjara 3 tahun, Denda RM20,000

SEREMBAN: Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat menjatuhkan hukuman penjara 3 tahun dan denda RM20,000 terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Mustafa Salim yang didapati bersalah kerana menerima rasuah pada 2008.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan hukuman kerana peguambela mahu membuat rayuan.

Mustafa didakwa di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997, Seksyen 10 (a) (aa) atas tuduhan menerima suapan di sebuah restoran di Mantin pada 31 Ogos 2008.

Jika didapati bersalah, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara antara 14 hari hingga 20 tahun serta denda minimum RM10,000 atau lima kali ganda daripada nilai suapan.

Artikel Lain