suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

18 Sekolah Di Perlis Masih Ditutup Akibat Banjir

KANGAR: Lapan belas sekolah di Perlis masih ditutup akibat dilanda banjir sejak Selasa, termasuk empat yang ditutup kerana menjadi pusat pemindahan banjir.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Dr Zahri Aziz berkata Jabatan Pelajaran Perlis telah diarah membuat anggarkan kerugian akibat banjir itu. "Saya percaya jumlah kerugian tidak besar kerana pihak pengurusan sekolah lebih bersedia menghadapi banjir kali ini dengan menyelamatkan harta benda sekolah lebih awal," katanya kepada pemberita selepas meninjau Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan di sini, Jumaat.

Empat belas sekolah yang ditutup akibat banjir itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Melangit, SK Seri Indera, SK Putra, SK Abi, SK Titi Tok Bandar, SK Seri Perlis, SK Stella Maris, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kangar, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Hassan, SMK Derma, SMK Putra, SMK Perlis, Sekolah Menengah Vokasional Kangar dan Sekolah Menengah Agama Perempuan Kangar.

Empat sekolah yang dijadikan pusat pemindahan mangsa banjir pula ialah SK Sena, SK Panggau, SK Behor Empiang dan SMK Dato Ali Ahmad.

Beliau berkata penutupan kesemua sekolah itu membabitkan lebih 4,500 pelajar, 487 guru, dan 137 kakitangan bukan akademik - BERNAMA

Artikel Lain