suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

JPJ Ada Cara Selesai Saman Melibatkan Pemalsuan Nombor Plat Kenderaan

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mempunyai kaedah tertentu untuk menyelesaikan notis polis dan JPJ yang diterima pemilik kenderaan akibat kejadian pemalsuan nombor plat kenderaan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Chong Ha berkata, sekiranya pemilik kenderaan ingin mempertikaikan notis yang diterima (akibat kejadian pemalsuan nombor plat) mereka hendaklah hadir ke mana-mana cawangan JPJ dalam tempoh tujuh hari.

“Jika gagal melakukan demikian tanpa membuat representasi di pejabat JPJ, menurut Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987, seseorang itu telah melakukan kesalahan dan boleh disenaraihitamkan.

“Ia termaktub mengikut Seksyen 17 (1)(d) dan Seksyen 29 (1A) kerana mempunyai hal yang belum selesai dengan pihak berkuasa,” katanya ketika menjawab soalan lisan Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing pada sesi bahas di Parlimen pada Selasa.

Tiong bertanya mengenai kaedah penyelesaian secara pantas semasa berurusan di kaunter pembaharuan cukai jalan dan pembaharuan lesen memandu bagi saman polis dan JPJ yang melibatkan kejadian pemalsuan nombor kenderaan tanpa pengetahuan pemilik asal kenderaan terbabit.

Mengulas lanjut, Chong Ha berkata, sekiranya pemilik kenderaan membuat representasi dengan pegawai JPJ di bilik temu siasat pejabat JPJ dengan mengemukakan bukti-bukti kukuh bahawa notis tersebut adalah defektif maka pihak JPJ boleh membatalkan notis dan melupuskan senarai hitam tersebut.

“JPJ juga akan mengizinkan pemilik kenderaan tersebut membenarkan transaksi lesen memandu dan lesen kenderaan,” katanya.

Artikel Lain