suria

Pokok Keruing Jarang Yang Semakin Pupus Ditemui

Seorang ahli pasukan Bahagian Perhutanan berdiri di sebelah pokok Keruing Jarang di Hutan Simpan Siangau.
Seorang ahli pasukan Bahagian Perhutanan berdiri di sebelah pokok Keruing Jarang di Hutan Simpan Siangau.
Seorang ahli pasukan Bahagian Perhutanan berdiri di sebelah pokok Keruing Jarang di Hutan Simpan Siangau.

KOTA KINABALU: Para pekerja hutan begitu teruja dengan penemuan tiga spesis pokok hujan tropika yang semakin pupus di Sabah.

Spesis yang sukar ditemui itu iaitu dipterocarp atau lebih dikenali sebagai Keruing Jarang telah dijumpai di Hutan Simpan Siangau, berhampiran dengan pekan Weston, kira-kira 100 kilometer dari sini.

Penemuan telah dilakukan sewaktu kajian di kawasan terbabit oleh sekumpulan penyelidik daripada Bahagian Perhutanan.

Pengarah Jabatan Perhutanan Sabah, Datuk Sam Mannan dalam satu kenyataan pada Ahad berkata, kali terakhir penemuanan Keruing Jarang jenis ‘Dipterocarpus lamellatus’ di Beaufort Hill ialah pada tahun 1955.

Satu lagi catatan lain di Labuan pada 1951.

Menurut Mannan, pulau itu pada hari ini semakin ‘kosong’ dengan tumbuhan hutan darat semula jadi.

“Ia (penemuan) merupakan satu perkembangan buat kami,” katanya yang memberitahu bahawa pasukan penyelidik turut menemui empat spesis Kering Jarang yang lain dalam hutan simpan itu.

Beliau berkata, kajian tersebut merupakan sebahagian daripada inventori oleh Jabatan Perhutanan bagi mengenal pasti status pemuliharaan Keruing Jarang di Sabah.

Ahli botani hutan, John Sugau berkata, terdapat 267 spesis Keruing Jarang dikenal pasti wujud di pulau Borneo dan 183 daripada jumlah itu ditemui di Sabah.

Manakala Keruing Jarang yang lain adalah biasa dan meluas serta ada juga yang sukar ditemui dan begitu terhad.

Keruing Jarang hanya diketahui wujud bermula di pantai barat Sabah dan ia merupakan sejenis pokok besar di mana bahagian atas membentuk kanopi.

Jenisnya seperti kapur, keruing, seraya dan selangan batu menjadikan perusahaan kayu balak komersial dari hutan semula jadi Sabah.

Mannan berkata, dengan aktiviti pembalakan beberapa tahun lalu, status bagi Keruing Jarang yang sukar ditemui semakin tidak menentu.

Artikel Lain