suria

ADUN Lenggeng Didapati Bersalah Terima Rasuah

ADUN Lenggeng Mustafa Salim (kanan) meninggalkan Mahkamah Sesyen Seremban selepas didapati bersalah menerima rasuah sebanyak RM 2,000. -Gambar Fail.

SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mustafa Salim didapati bersalah kerana menerima rasuah sebanyak RM2,000 daripada seorang kontraktor sebagai dorongan mengeluarkan surat sokongan untuk mendapatkan permit bagi menjual pasir dua tahun lalu.

Wakil rakyat berusia 51 tahun, kali pertama bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) itu bagaimanapun telah dibebaskan daripada dua tuduhan menerima rasuah dari M. Manimaran atas tujuan yang sama.

Mustafa didakwa di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997, Seksyen 10 (a) (aa) atas tuduhan menerima suapan di sebuah restoran di Mantin pada 31 Ogos 2008.

Jika didapati bersalah, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara antara 14 hari hingga 20 tahun serta denda minimum RM10,000 atau lima kali ganda daripada nilai suapan.

Hakim Mahkamah Sesyen, Amran Jantan menangguhkan kepada 1 April depan sebagai tarikh menjatuhkan hukuman.

Artikel Lain