250 Anggota PKR Lembah Pantai Keluar Parti, Tubuh NGO Sokong BN

KUALA LUMPUR: Lebih 200 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Lembah Pantai pada Ahad keluar dari parti berkenaan dan menubuhkan Persatuan Gerakan Semangat 1Malaysia (SESAMA), sebuah pertubuhan bukan kerajaan pelbagai kaum, yang menyokong Barisan Nasional(BN).

Bekas Naib Ketua Penerangan PKR cabang Lembah Pantai Raymond Suppiah, yang mewakili semua anggota berkenaan, berkata keputusan itu dibuat setelah tidak berpuas hati dengan kepimpinan Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar serta kepimpinan tertinggi PKR.

"Keputusan ini diambil secara rela hati. Kami tidak puas hati terhadap Nurul Izzah dan pemimpin pusat. Banyak sebab juga kami tak puas hati seperti (Anggota Parlimen Padang Serai) N.Gobalakrishnan beritahu tiada keistimewaan bagi kaum India dalam PKR," katanya kepada pemberita di Brickfields di sini.

Beliau berkata keputusan menyokong BN dibuat atas dasar parti komponen yang mewakili pelbagai kaum itu telah banyak membantu semua kaum di negara ini.

Menyentuh mengenai SESAMA, Raymond yang menyertai PKR sejak penubuhannya kira-kira 12 tahun lepas, berkata pihaknya masih menunggu kelulusan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Beliau yang juga Presiden SESAMA berkata kira-kira 400 orang bersetuju menyertai SESAMA setakat ini dan menyasarkan untuk mendapat 4,000 anggota baru menjelang akhir Mac ini.

Menurutnya SESAMA akan memberi tumpuan kepada kebajikan dan pembasmian kemiskinan selain mengeratkan hubungan silaturrahim masyarakat pelbagai kaum di Lembah Pantai.

Sementara itu, bekas Ketua Biro Kebajikan dan Masyarakat PKR Lembah Pantai M. Parthiban, yang dilantik sebagai Timbalan Presiden SESAMA, berkata beliau telah menghantar surat peletakan jawatannya menerusi e-mel kepada Nurul Izzah dua minggu lepas.

"Dia (Nurul Izzah) tidak membalas e-mel saya cuma dia hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) beritahu dia kenang jasa saya," katanya yang menyertai PKR kira-kira 12 tahun lepas.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Artikel Lain