suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Abdullah Perjelaskan Kenyataan Berhubung Dakwaan Rogol

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menjelaskan bahawa beliau ada membuat kenyataan mengenai dakwaan rogol yang diperkatakan kononnya dilakukan oleh seorang menteri hanya semalam selepas hanya mengetahuinya dakwaan itu, Ahad.

Katanya beliau tidak berkata apa-apa sebelum ini kerana tidak dimaklumkan mengenai dakwaan itu.

Abdullah berkata beliau memberi maklum balas semalam kerana media bertanya mengenai dakwaan itu yang tersiar dalam beberapa laman blog yang mendakwa Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim telah merogol bekas pembantu rumahnya pada 2007.

Bekas perdana menteri itu berkata beliau tidak menyatakan perkara-perkara lain dan mahu menghindarkan diri dari rujukan-rujukan lain dalam laporan awal yang memetik beliau berhubung dakwaan itu.

Jumaat lalu, bekas pembantu rumah Rais menafikan dakwaan rogol itu.-BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain