suria

Empat Kakitangan Penjara Tawau Terbunuh Kenderaan Jatuh Gaung

PENAMPANG: Empat kakitangan Jabatan Penjara Tawau terbunuh apabila bas jabatan itu terbabas lalu terjatuh dalam gaung di Kampung Moyog, 35 kilometer dari sini, Khamis.

Ketua Balai Bomba Penampang Johnny John berkata mereka dikenali sebagai Madinah Alhamdulilah, Selamat Idris, Muslimin Muhamad dan Sabirin Murad.

Katanya mereka adalah antara 25 penumpang bas itu, termasuk dua kanak-anak, yang sedang dalam perjalanan dari Keningau ke Kota Kinabalu selepas menyertai kejohanan bola sepak Piala Pengarah Penjara Sabah di Keningau semalam.

John berkata tujuh penumpang cedera parah dan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu manakala selebihnya hanya mengalami cedera ringan.

Nooraihan, 12, anak kepada Muslimin, berkata bahawa ketika kejadian beliau duduk di sebelah ayahnya.

"Apa yang saya ingat ialah brek yang kuat dan bas berpusing. Lepas itu saya tidak ingat apa-apa sehingga saya sedar, saya berada dekat bahagian enjin bas," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Nooraihan adalah antara penumpang yang cedera ringan. - BERNAMA

Artikel Lain