suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pencapaian Cemerlang Akademik Perlu Diseimbang Dengan Kokurikulum:PM

PEKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pencapaian cemerlang akademik pelajar perlu diseimbang dengan penyertaan mereka dalam aktiviti kokurikulum bagi melahirkan kepimpinan masa depan yang lebih berkualiti.

Beliau berkata melalui pencapaian cemerlang dalam akademik dan kokurikulum dengan berbekalkan akhlak yang baik, ia akan melahirkan barisan kepimpinan masa depan negara yang lebih berkualiti.

"Pelajar perlu cemerlang secara holistik, dari segi akademik dan cergas dalam kokurikulum, barulah dapat bangunkan pimpinan di hari muka," katanya ketika berucap pada majlis Anugerah Cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010 bagi kawasan Parlimen Pekan, di sini, Sabtu.

Beliau berkata ibu bapa selain guru-guru dan pelajar itu sendiri, adalah tonggak utama untuk menjayakan misi melahirkan kepimpinan masa depan negara yang berkualiti.

Seramai 451 pelajar sekolah di kawasan parlimen Pekan memperolehi keputusan 5A pada peperiksaan UPSR 2010.

Najib berkata kerajaan menyediakan peruntukan yang besar dalam setiap pembentangan bajet negara dalam usaha memberikan peluang pendidikan yang lebih luas kepada rakyat.

"Tidak ada bidang lain sebesar (yang dibelanjakan) bidang pendidikan, dan di (kawasan Parlimen) Pekan misalnya, kerajaan wujudkan semua peringkat pendidikan dari peringkat sekolah rendah sehingga institusi pendidikan tinggi dalam usaha memberi peluang pendidikan yang luas kepada semua pihak," katanya.

Sementara itu Najib berkata sebuah kolej Vokasional-Teknikal (Voctech) akan dibina di Pekan tidak lama lagi.

"Kolej Voctech Pekan merupakan salah sebuah daripada lima kolej VOCTECH yang akan dibina kerajaan dalam Rancangan Malaysia ke-10. Kolej ini akan menawarkan tiga bidang kemahiran iaitu automotif, gas dan petroleum serta mekanik kapal terbang," katanya.

Beliau berkata kolej Voctech itu akan menyediakan pendidikan alternatif kepada mereka yang sederhana dan lemah dalam bidang pendidikan.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain