suria

Yang Di-Pertuan Agong Melawat Qatar Hari Ini

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah akan mengadakan lawatan negara kali pertama ke Qatar selama empat hari mulai Ahad.

Sempena lawatan negara itu, Yang di-Pertuan Agong dijadual mengadakan pertemuan dengan Amir Qatar Sheikh Hamad Khalifa Al-Thani.

Program lawatan itu termasuklah menghadiri majlis Jamuan Negara serta lawatan ke tempat-tempat menarik di negara tersebut seperti Muzium Kesenian Islam, Pearl Qatar dan Yayasan Qatar.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar hari ini, baginda berdua juga akan mengadakan pertemuan dengan rakyat Malaysia di sana.

Seramai 2,500 rakyat Malaysia berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Qatar.

Lawatan baginda berdua ke Qatar melambangkan keakraban dan kemesraan yang wujud dalam hubungan di antara kedua-dua buah negara, selain meningkatkan lagi tahap perhubungan sedia ada yang terjalin erat serta memantapkan lagi persefahaman yang wujud di antara Malaysia dan Qatar.

Baginda berdua akan diiringi Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek selaku menteri pengiring serta beberapa pegawai kanan kerajaan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Zaid Milik AKIM

Artikel Lain