suria

Zaid Milik AKIM

PETALING JAYA: Bekas calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim sah menyertai Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM).

Presiden Akim, Zakaria Salleh yang mengakui perkembangan terbaru itu memberitahu, Zaid telah menjadi ahli parti itu secara rasminya berkuat kuasa pertengahan bulan lalu.

“Beliau sah sebagai ahli Akim, beliau telah serahkan borang keahlian pada bulan lalu.

“Jadi status beliau adalah ahli kita yang sah dan rasmi,” katanya di sini Isnin.

Ditanya sama ada Zaid akan diberi laluan menerajui parti itu, Zakaria berkata, ia terpulang kepada bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri tersebut.

Malah Zakaria akan memberi laluan kepada bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu sekiranya beliau mahu bertanding jawatan berkenaan selain keputusan ahli parti jika meahu memilihnya.

Zaid yang mengumumkan keluar PKR baru-baru ini memberitahu akan menubuhkan parti baru sebelum menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Beliau turut menegaskan AKIM bukan parti yang dimaksudkan sebaliknya adalah parti baru dengan nama baru yang memperjuangkan kepentingan rakyat dan semua pihak.

Artikel Sebelum

Artikel Lain