suria

3 Kes Kemalangan Perusahaan Setiap 1,000 Pekerja Menjelang 2020

KANGAR: Sebanyak 55,186 kes kemalangan perusahaan termasuk kemalangan membabitkan pekerja di jalan raya dicatatkan di seluruh negara sepanjang tahun lepas, atau lebih 5.5 kes bagi setiap 1,000 pekerja.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihataan Pekerjaan (DOSH), Datuk Ir Dr Johari Basri berkata pihaknya meletakkan sasaran mencapai tahap tiga kes bagi setiap 1,000 pekerja menjelang 2020, iaitu satu angka yang menyamai keadaan di negara-negara maju.

Bagaimanapun menurutnya, beliau yakin sasaran itu akan dapat dicapai lebih awal daripada sasaran kerana jurang perbezaan kadar kemalangan perusahaan antara Malaysia dan negara-negara maju itu semakin dirapatkan.

Katanya, ketika ini kadar kemalangan perusahaan di Malaysia memang lebih tinggi berbanding negara maju, namun menurutnya usaha bagi merapatkan jurang perbezaan itu sentiasa terus dilaksanakan oleh pihak yang berkenaan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan seminar keselamatan dan kesihatan pekerjaan industri kecil dan sederhana (IKS) peringkat negeri Perlis di sini.

Sebanyak 180 majikan dan wakil pekerja menghadiri seminar sehari anjuran DOSH itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain