suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PGM Rampas Rokok Seludup Bernilai Lebih RM345,000

KUANTAN: Pasukan Gerakan Marin (PGM) berjaya merampas rokok seludup pelbagai jenama bernilai kira-kira RM345,600 dengan anggaran cukai melebihi RM1 juta di Jalan Nenasi-Rompin dekat Pekan, awal pagi Jumaat.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PGM Wilayah 3 Pahang, ASP Mohd Khairuddin Jamal berkata pihaknya berjaya mengesan sebuah lori tiga tan yang membawa rokok berkenaan berdasarkan maklumat orang awam pada 5 pagi yang dipandu seorang lelaki berusia lingkungan 40-an.

"Apabila diarah untuk memberhentikan kenderaan, pemandu lori tersebut dengan serta-merta memberhentikan lori di tepi jalan dan melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan ke atas lori itu membawa kepada penemuan sejumlah 13,400 kartun rokok kretek jenis Gudang Garam, Gudang Garam Surya, Nusantara dan Absolute, yang dipercayai dibawa masuk dari negara jiran untuk edaran di Pahang.

Katanya, pemeriksaan juga mendapati lori itu didaftarkan di Klang, Selangor. Mohd Khairuddin berkata PGM memandang serius kegiatan penyeludupan dan orang ramai yang mempunyai maklumat, diminta membuat aduan kepada pihak berkuasa. - BERNAMA

Artikel Lain