AirAsia Tawar Penerbangan Ke Paris RM499 Sehala - Semasa | mStar

AirAsia Tawar Penerbangan Ke Paris RM499 Sehala

KUALA LUMPUR: AirAsia secara rasminya memperkenalkan penerbangan ke Paris, iaitu destinasi Eropah keduanya selepas London melalui syarikat gabungan penerbangan tambang murah jarak jauhnya, AirAsia X.

Penumpang awal berhak menikmati tambang istimewa RM499 sehala apabila mereka membuat tempahan melalui Internet dari 22 November hingga 24 November ini. Tempoh perjalanan bagi tambang istimewa itu pula ialah dari 14 Februari hingga 10 November 2011.

"Laluan Paris-Kuala Lumpur AirAsia X merupakan pencapaian cita-cita yang sekian lama diimpikan iaitu untuk membuka satu lagi laluan termampu di antara Malaysia dengan Eropah bagi komuniti ASEAN dan juga Eropah," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes, dalam satu kenyataan, Khamis.

Penerbangan terus empat kali seminggu itu akan bermula pada 14 Februari, 2011, di antara Lapangan Terbang Antarabangsa Paris-Orly dengan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Perkhidmatan di laluan baru itu akan dikendalikan melalui pesawat Airbus A340 dengan kapasiti 327 penumpang, termasuk 18 tempat duduk premium.

BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain