Aziz Janji Galas Masalah Rakyat - Semasa | mStar

Aziz Janji Galas Masalah Rakyat

GUA MUSANG: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas yang baru, Abdul Aziz Yusoff berjanji akan cuba menyelesaikan masalah rakyat di kawasannya terutama isu pembangunan.

Beliau yang memperoleh majoriti 1,190 undi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Galas, merasakan menjadi tanggungjawabnya untuk membantu memajukan rakyat di Galas setelah mereka memberikan mandat yang tinggi.

"Saya ingin ucapkan terima kasih kepada rakyat Galas kerana memberikan kepercayaan kepada saya dengan begitu banyak dan menaruh keyakinan kepada saya sebagai "orang baru" dalam DUN," katanya kepada pemberita selepas pengumuman keputusan pilihan raya kecil DUN Galas di sini malam tadi.

Pegawai Pengurus pilihan raya kecil DUN Galas Wan Mustapha Wan Ab Hamid mengumumkan Abdul Aziz, dari Barisan Nasional (BN) memperoleh 5,324 undi mengalahkan calon PAS Dr Zulkefli Mohamad, yang mendapat 4,134 undi.

Beliau berkata keyakinan itu jelas diterjemahkan melalui jumlah undi terutama masyarakat Melayu, kaum Cina, India dan orang Asli yang mahukan pembangunan yang lebih baik daripada BN. Katanya kesemua mereka jelas menolak kepimpinan kerajaan Pas Kelantan yang masih gagal mengubah taraf kehidupan mereka sejak memerintah negeri itu selama 20 tahun.

Katanya beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan jentera BN, termasuk MIC, MCA dan PPP, yang memberikan kepercayaan serta sokongan kepada dirinya.

"Saya tidak ada apa-apa janji lain cuma saya akan berkhidmat sebaik mungkin dengan sedaya-upaya saya," katanya dengan tersenyum. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain