suria

Penemuan Luar Biasa di Lembah Amazon

Burung Nuri berkepala botak antara penemuan baru di Lembah Amazon
Burung Nuri berkepala botak antara penemuan baru di Lembah Amazon
Burung Nuri berkepala botak antara penemuan baru di Lembah Amazon

ADALAH sesuatu yang menakjubkan apabila World Wildlife Fund mengumumkan semalam (Selasa, 26 Okt) bahawa dari tahun 1999 hingga 2009, secara purata, satu spesis tumbuhan atau binatang yang belum pernah diketahui oleh dunia luar ditemui di Lembah Amazon setiap tiga hari.

Laporan rasmi yang dikeluarkan WWF itu yang diberi nama "Amazon Alive: A Decade of Discoveries 1999-2009" dengan jelas menunjukkan kehebatan kepelbagaian kehidupan di Lembah Amazon.

Ketua projek tersebut, Francisco Ruiz berkata dalam satu kenyataan, secara rasminya WWF telah menemui dan mencatatkan 637 spesis tumbuhan baru, 257 spesis ikan yang belum pernah diketahui kewujudannya, 216 amfibia, 55 reptilia baru, 16 spesis baru burung dan 39 spesis mamalia.

Antara spesis yang baru ditemui termasuklah burung nuri berkepala botak dan berwarna oren, spesis baru ular sawa gergasi Anaconda sepanjang kereta limosin dan spesis katak berkepala terang yang sangat beracun.

Anaconda yang ditemui itu adalah spesis baru yang pertama ditemui dalam tempoh 60 tahun.

Mereka turut menemui spesis ikan lumba-lumba baru berwarna merah jambu di Lembah Amazon.

Laporan itu juga menyebut dua jenis ular paling berbisa di dunia turut dikenalpasti mendiami Lembah Amazon, lebih dua dozen katak beracun dan yang paling menakjubkan ialah penemuan ikan keli gergasi seberat 70 pound yang memakan monyet sebagai dietnya.

WWF kini sedang melobi di peringkat antarabangsa bagaimana hendak melindungi lembah berharga ini daripada pencerobohan manusia dan pembangunan dan yang paling ditakuti ialah pembalakan.

Menurut statistik WWF, 17% wilayah dalam Lembah Amazon telah dimusnahkan sama ada untuk aktiviti pembalakan atau peladangan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain