suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SPM: Subjek Sejarah Wajib Lulus Mulai 2013

KUALA LUMPUR: Mata pelajaran Sejarah akan menjadi subjek wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, subjek syarat wajib lulus itu sama seperti mata pelajaran Bahasa Malaysia sebagai syarat untuk mendapatkan sijil SPM.

Pengumuman itu dibuat Muhyiddin semasa menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno ke-61 di sini, Sabtu.

Sementara itu Timbalan Presiden Umno itu berkata, kementeriannya akan membuat penambahbaikan kandungan mata pelajaran Sejarah dengan memberi penekanan terhadap aspek-aspek berkaitan Perlembagaan negara.

"Ini bertujuan untuk membentuk kefahaman yang mendalam terhadap pembentukan negara bangsa yang kita cintai ini," katanya.

Pada masa ini Sejarah merupakan mata pelajaran teras yang wajib diambil di peringkat sekolah menengah.

Selain itu Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi membiayai aktiviti Yayasan Guru Malaysia Berhad.

"Fungsi Yayasan Guru Malaysia Berhad seperti yang ditimbulkan perwakilan Sabah, ia akan diperkasakan dengan memperhebatkan kempen untuk menggalakkan guru-guru menjadi ahli yayasan.

"Kita sedar bahawa yayasan ini memerlukan suntikan kewangan kepada dana yang sedia ada...justeru kita salurkan peruntukan ini bagi membiayai aktiviti yayasan tersebut untuk kebajikan guru-guru," katanya.

Artikel Lain