suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anggota SPRM Diminta Ditempatkan Di Pintu Masuk Negara

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan diminta untuk menempatkan anggota mereka di pintu-pintu masuk di negara ini bagi membasmi kegiatan rasuah di kalangan kakitangan imigresen.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman berkata langkah tersebut juga bertujuan memberi ingatan kepada kakitangan imigresen agar tidak terbabit dengan rasuah.

"Perbincangan mengenainya akan diadakan secepat mungkin dengan SPRM," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Beliau mengucapkan tahniah kepada SPRM yang menahan dua kakitangan imigresen yang dipercayai terbabit dengan aktiviti rasuah.

"Ia diharap menjadi ingatan serta pengajaran kepada kakitangan yang lain," katanya.

Dua pegawai imigresen dan seorang orang awam hari ini dilaporkan telah ditahan oleh SPRM kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan penyeludupan masuk pendatang tanpa izin.

Pegawai imigresen tersebut ditahan di Jeti Port Dickson Rabu lepas.

Abdul Rahman turut meminta kerjasama penyelia dan Ketua Pengarah Imigresen Negeri memantau gaya hidup anggota mereka.

"Misalnya mungkin boleh dilihat daripada penampilan, cara hidup serta kereta yang dipakai oleh anggota. Jika mereka menggunakan kereta mewah berbanding dengan pendapatan sebenar mereka, mungkin ada sesuatu yang berlaku," jelasnya. - BERNAMA

Artikel Lain