suria

Yang Di-Pertuan Agong Kurnia Darjah Kebesaran Kepada 252 Penerima

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jeneral Tan Sri Rodzali Daud hari ini mengetuai 252 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutuan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin sempena ulang tahun keputeraan baginda pada 7 Jun lepas.

Rodzali adalah antara tiga penerima darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri pada majlis pengurniaan yang berlangsung di Balai Rong Seri, Istana Negara di sini.

Dua lagi penerima PSM ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Shin Yang Group of Companies, Miri, Sarawak Tan Sri Ling Chiong Ho dan Pengarah Eksekutif MBL Group Bhd, Pulau Pinang Tan Sri Tan King Tai@ Tan Khoon Hai.

Empat orang menerima darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk, terdiri daripada Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Leftenan Jeneral Datuk Allatif Mohd Noor, Pengarah QQ North Automobile Alor Setar, Kedah Datuk Chua Kim Chuan, Naib Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Lily Yong Lee Lee dan anggota Majlis Tertinggi MIC Datuk S. Rajakupal.

Selain itu, seorang menerima Johan Mangku Negara (JMN), 13 Johan Setia Mahkota (JSM), 52 Kesatria Mangku Negara (KMN), 78 Ahli Mangku Negara (AMN) dan 101 Pingat Pangkuan Negara (PPN). - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain