Aliran Trafik Di Jambatan Pulau Pinang Kembali Pulih

GEORGE TOWN: Aliran trafik yang sesak di Jambatan Pulau Pinang, akibat kebakaran kabel bervoltan tinggi Tenaga Nasional Berhad (TNB), kembali pulih petang tadi.

Seorang jurucakap Jambatan Pulau Pinang Sdn Bhd berkata aliran trafik kembali pulih pada pukul 6 petang, dua jam selepas pasukan Bomba dan Penyelamat memadam api berkenaan.

Kejadian pukul 10.02 pagi itu menyebabkan trafik menghala keluar dan masuk ke pulau tersebut dilaporkan sesak sepanjang lebih 10 kilometer, selain lorong kanan di kedua-dua arah di atas jambatan itu ditutup.

Kesesakan lalu lintas itu menyebabkan ramai pemandu memilih laluan alternatif dengan menggunakan perkhidmatan feri.

Seorang juru teknik Ong Ee Fatt, 32, berkata beliau terkejut apabila mendapati banyak kenderaan di terminal feri dan terperangkap dalam kesesakan lebih tiga jam, bermula pukul 3 petang.

Dia tiba di jeti Pangkalan Raja Tun Uda di sini pada pukul 6 petang.

"Saya menggunakan perkhidmatan feri hampir setiap hujung minggu untuk melawat kawan-kawan saya di tanah besar tetapi tidak pernah menghadapi kesesakan seperti hari ini," kata Ong.

Seorang lagi pemandu, Katie Ooi, 48, berkata beliau terperangkap di Pangkalan Sultan Abdul Halim di Butterworth selama dua jam, bermula 3 petang.

Sebelum itu, pegawai bertugas Penang Port Sdn Bhd, Mohamed Rani Harun berkata pihaknya telah menambah feri keenam bagi menampung permintaan tinggi. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain