Qari Mesir, Qariah Pakistan Juarai Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-52 - Semasa | mStar

Qari Mesir, Qariah Pakistan Juarai Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-52

KUALA LUMPUR: Peserta dari Mesir Hani Abdel Aziz Ahmad dan peserta dari Pakistan Samia Khanan dinobatkan malam ini sebagai johan qari dan qariah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-52 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Dengan kemenangan itu, masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai US$10,000 (RM31,975), piala, cenderamata dan sijil penyertaan yang disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Johan qari memperoleh pungutan markah sebanyak 91.46 peratus sementara johan qariah mendapat 91.08 peratus.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan isteri Datin Fatmawati Saidin, bekas Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Menteri Hal Ehwal Ugama Brunei Darussalam Pengiran Datuk Seri Setia Dr Mohammad Pengiran Abdul Rahman.

Sementara itu, qari dari Malaysia Wan Ainuddin Abdullah dan qariah dari Brunei Dayang Nurfaezah Emran muncul naib johan qari dan qariah melayakkan mereka untuk membawa pulang hadiah wang tunai US$7,000 (RM22,382) bagi setiap seorang, cenderamata dan sijil penyertaan. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain