suria

Warga Emas Mengaku Tidak Bersalah Menipu

KLANG: Seorang warga emas berusia 61 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen di sini Selasa, atas tuduhan menipu dan memperdayakan rakannya untuk menyertai skim pelaburan, tahun lalu.

Yap Ah Bian mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan perbuatan itu terhadap Lim Lea Mooi, 44, supaya menyertai pelaburan restoran yang dikatakan mampu memberi pulangan lumayan.

Bagi tujuan itu, tertuduh didakwa telah menyebabkan mangsa menyerahkan wang berjumlah RM660,959.54.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 29 Mei 2009 di hadapan Bank Standard Chartered cawangan Meru, di sini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aimi Syazwani Sarmin mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Aimi Syazwani menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, Hakim Yong Zarida Sazali membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin diberikan kepada tertuduh dan sebutan semula kes pada 2 September depan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain