suria

Anggota Paskau Terbunuh Payung Terjun Gagal Berfungsi Ketika Latihan

BESUT: Seorang anggota Pasukan Khas Udara (Paskau) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Kem Jugra, Banting, Selangor terbunuh apabila payung terjun yang digunakannya semasa latihan di Pangkalan Udara TUDM, Gong Kedak di sini, Isnin gagal berfungsi.

Anggota berkenaan, Laskar Udara Kanan Hasnizam Ab Wahid, 25, yang berasal dari Batu Pahat, Johor, cedera parah setelah terjatuh ketika menjalani Kursus Terjun Statik Tempur Siri 1/2010 di Pangkalan Udara Gong Kedak.

Bahagian Perhubungan Awam TUDM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan berhubung perkara itu, berkata kejadian berlaku pukul 1.59 tengah hari.

Allahyarham disahkan meninggal dunia pukul 3.59 petang ketika dirawat di Hospital Daerah Besut.

Jenazah akan diterbangkan menggunakan pesawat CH130 dari Pangkalan Udara Gong Kedak pada pukul 7 petang ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan sebelum dibawa ke Simpang Lima, Batu Pahat untuk disemadikan. BERNAMA

Artikel Lain