suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jenazah Toh Puan Norashikin Selamat Disemadikan Di Makam Pahlawan

KUALA LUMPUR: Jenazah Allahyarhamah Toh Puan Norashikin Mohd Seth, balu kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman selamat disemadikan di Makam Pahlawan di sini kira-kira 2.10 petang ini.

Turut berada di Makam Pahlawan bagi menyaksikan upacara pengebumian ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah, anak-anak serta kaum keluarga Allahyarhamah.

Sebelum itu, jenazah diletakkan Dewan Syarahan Masjid Negara dari 12 tengah hari hingga 1.30 tengah hari bagi membolehkan orang ramai memberi penghormatan terakhir.

Sejurus selepas solat Zohor, solat jenazah diadakan pada 1.45 tengah hari sebelum jenazah diusung ke Makam Pahlawan yang terletak bersebelahan Masjid Negara untuk upacara pengebumian.

Allahyarhamah Norashikin, 80, meninggal dunia pada 12 tengah hari semalam di Hospital Pakar Damansara kerana sakit tua.

Semalam, kerajaan memutuskan supaya Allahyarhamah diberi penghormatan istiadat pengebumian negara.

Allahyarhamah meninggalkan enam anak dan 13 cucu. Antara empat anak lelakinya ialah bekas Anggota Parlimen Sungai Benut, Mohamed Tawfik yang merupakan anak sulung. - BERNAMA

Artikel Lain