suria

Bekas Timbalan Presiden PAS, Hassan Shukri Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Presiden PAS, Hassan Shukri meninggal dunia di Hospital Selayang pada kira-kira jam 2 petang hari ini. Beliau diberitakan baru sahaja pulang dari menghadiri Muktamar PAS ke-56 di Kota Baru malam semalam telah dimasukkan ke hospital Selayang pagi ini.

HarakahDaily memetik Isteri kepada bekas Ketua Penerangan PAS, Subky Latiff, Puan Naznah Taha sebagai berkata, Hassan memandu sendiri kereta yang dinaiki mereka bertiga dari Kuala Krai menuju ke Kuala Lumpur tetapi berhenti di Kuala Lipis setelah dia mengadu sakit dada.

Sebaik sahaja mereka tiba di rumah pada lebih kurang jam 10.30 malam tadi, Hassan terus mengadu sakit dada tetapi mereka hanya mengesyaki ia akibat dari pajeri nenas yang beliau makan malam tadi.

Selepas tidak berhenti sakit, kira-kira jam 9.00 pagi tadi, Hassan telah dihantar anak beliau ke Hospital Selayang.

Selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Jantung (CCU) beliau meninggal dunia kira-kira jam 2 petang tadi.

Sebelum menjadi timbalan presiden, Hassan pernah menyandang jawatan naib presiden dan juga setiausaha agung parti itu. Beliau dianggap arkitek kepada pembinaan Markas Tarbiyah PAS Pusat di Taman Melewar dan rumah beliau juga bersebelahan dengan markas yang menjadi pejabat PAS sejak sekian lama sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut.

Semasa menggulung perbahasan ucapan dasar, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Mujahid Yusof telah memberi pengiktirafan dengan menyebut Hassan sebagai orang penting di belakang draf perlembagaan untuk memboleh tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Ini kerana, Hassan adalah pengerusi Jawatankuasa Teknikal pindaan perlembagaan untuk membolehkan DHPP ditubuhkan.

Artikel Lain