suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

APMM Tawau Gagalkan Cubaan Seludup 819 Karton Rokok Bernilai RM49,000

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bahagian Tawau menggagalkan cubaan menyeludup masuk 819 karton rokok pelbagai jenama bernilai RM49,000 awal hari ini.

Pengarah Operasi APMM Tawau Komander (Maritim) Amran Daud berkata selain itu, dua lelaki rakyat Filipina masing-masing berumur 26 dan 34 tahun ditahan untuk membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 135 (1)(a) Akta Kastam 1967.

Beliau memberitahu sidang akhbar di sini, rokok berkenaan dirampas setelah bot yang dinaiki kedua-dua lelaki itu terbalik di kawasan perairan Jalan Apas ketika mereka cuba melepaskan diri daripada ditahan bot ronda Kilat 25 APMM, kira-kira 3 pagi.

Antara jenama rokok yang berjaya dirampas ialah 420 karton rokok Surya Gudang Garam, LA Internasional (220), Premium (9), Astro Menthol King Hijau (82), Astro Menthol Filter King Merah (31) dan Menara Dunia (57) yang merupakan jenama baru dikesan APMM.

Amran tidak menolak kemungkinan penyeludup yang berjaya diberkas itu merupakan suspek yang menaiki satu daripada tiga buah bot yang berjaya melepaskan diri daripada ditahan APMM pada Rabu lepas memandangkan mereka menggunakan modus operandi yang sama. - BERNAMA

Artikel Lain