TSM Charity Golf Pergiat Usaha Bantu Golongan Kurang Berkemampuan

PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Charity Golf (TSMCG) akan terus mempergiatkan usaha membantu golongan kurang berkemampuan menerusi pelbagai program amal dan kebajikan yang akan dilaksanakan pada tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, antara program yang telah dirangka termasuk menubuhkan sebuah pasukan sukarelawan bagi tujuan membantu badan-badan kebajikan dan golongan kurang berkemampuan.

"Kita menubuhkan pasukan sukarelawan ini untuk memastikan kita dapat memberi tumpuan sepenuhnya membantu mereka yang kurang berkemampuan terutama di kawasan luar bandar," katanya semasa berucap pada majlis Malam Penghargaan TSM Charity Golf di sini malam ini.

Turut hadir pada majlis tersebut, isteri beliau Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Presiden TSMCG Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas.

Muhyiddin yang juga pengasas TSMCG berkata, program dan aktiviti amal lain yang akan turut dilaksanakan adalah membantu penuntut-penuntut Malaysia di luar negara seperti di New Zealand, Australia dan Indonesia dengan memberikan bantuan untuk mereka meneruskan pengajiannya.

Selain itu, menerusi program TSM Golf Challenge 'In Search of Malaysian Tiger' pula akan berusaha mencungkil bakat-bakat muda untuk melahirkan seorang pemain golf Malaysia yang mampu menjulang negara di pesada dunia.

"Memang menjadi harapan kita pada satu hari nanti kita dapat melahirkan seorang pemain golf sehebat Tiger Woods (pemain golf profesional dunia yang tersohor dari Amerika Syarikat), dan meletakkan nama Malaysia di mata dunia," katanya.

Pada majlis tersebut, Muhyiddin bagi pihak TSMCG turut menyampaikan sumbangan kewangan berjumlah RM30,800 kepada empat individu yang memerlukan bantuan.

Mereka adalah A.N Vilasnidevi yang menghidap penyakit jantung serta tiga orang yang merupakan cacat anggota iaitu Wan Nur Haidah Wan Nadzarudin, Lee Ee Qun, Nani Nafalya Sabrina Mohd Salleh.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin. - BERNAMA

Artikel Berikut

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain