suria

Allahyarham Tan Azizan Zainul Abidin Dianugerah Gelaran Tun

KUALA LUMPUR: Bekas Presiden Perbadanan Putrajaya danjuga Petronas Allahyarham Tan Sri Azizan Zainul Abidin menerima anugerah tertinggi Darjah Kebesaran Persekutuan 2010, Seri Setia Mahkota Malaysia (S.S.M) yang membawa gelaran Tun sempena keputeraan Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Allahyarham seorang tokoh yang dihormati di sektor kerajaan dan swasta meninggal dunia pada 14 Julai 2004 pada usia 68 tahun merupakan antara 1,626 penerima anugerah darjah dan pingat kebesaran.

Empat orang menerima darjah Panglima Mangku Negara (P.M.N.) yang membawa gelaran Tan Sri iaitu Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin, Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan dan Pengerusi The Nippon Foundation Yohei Sasakawa.

Sementara 33 menerima darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) yang juga membawa gelaran Tan Sri terdiri daripada Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri James Foong Cheng Yuen, Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Datuk Dr Zulkefli A. Hassan.

Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin, Pro-Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris Datuk Seri Abdul Shukor Abdullah, Pengarah Institut Pengurusan & Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Prof Datuk Dr Abdul Shukor Hj Husin. -BERNAMA

Artikel Lain