suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amaran Angin Kencang, Laut Bergelora Di Utara Bermula Ahad

KUALA LUMPUR: Keadaan angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dijangka berlaku di perairan Perlis, Kedah, utara Pulau Pinang dan Phuket bermula Ahad hingga Selasa ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya hari ini berkata dalam tempoh itu angin Barat Daya dijangka bertiup dengan kelajuan antara 40 hingga 50 kilometer sejam dan ombak pula mencapai ketinggian 3.5 meter.

Keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi dan sukan laut. - BERNAMA

Artikel Lain