suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

39 Lelaki Termasuk Warga Emas Ditahan Semasa Berjudi

PULAU PINANG: Polis menahan 39 lelaki termasuk seorang warga emas yang sedang berjudi dalam sebuah kedai di Taman Desa Relau di sini kira-kira pukul 11 malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, semasa serbuan mereka yang berusia antara 25 hingga 70 tahun itu baru sahaja memulakan permainan judi cip (dadu) dalam premis kosong berkenaan.

Beliau berkata, serbuan itu dilakukan oleh sepasukan anggota polis Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Timur Laut selepas melakukan intipan sejak tiga hari lepas.

Katanya, ketika diserbu ada antara mereka yang cuba bersembunyi dalam belukar berhampiran premis itu, menyebabkan anggota polis juga terpaksa meredah kawasan belukar kira-kira sejam untuk mengepung mereka.

"Akibat meredah belukar salah seorang anggota polis yang terlibat dalam operasi berkenaan cedera di tangan dan menerima 10 jahitan," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Gan berkata, polis merampas wang tunai RM160, dadu, cip dan meja perjudian dalam serbuan itu, dan menurutnya semua yang ditahan kini disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. - BERNAMA

Artikel Lain