suria

59.86 Peratus Mengundi Di Sibu

SIBU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mencatatkan seramai 32,742 atau 59.86 peratus daripada 52,158 pengundi telah mengundi di Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu selepas proses pengundian berakhir pada pukul 5 petang semalam.

Proses mengundi itu bermula pagi ini sebaik sahaja pusat-pusat mengundi dibuka pukul 8 pagi semalam.

Sejumlah 52,158 pengundi dijangka mengundi bagi memilih Anggota Parlimen baru di 45 pusat mengundi dengan 110 saluran di 39 sekolah, dua taman didikan kanak-kanak, sebuah pusat latihan, sebuah rumah panjang, sebuah perpustakaan awam dan sebuah pusat rekreasi awam.

Seramai 2,537 pengundi pos, terdiri daripada 1,910 anggota tentera dan 627 anggota polis telah mengundi pada Khamis dan Jumaat.

Cuaca yang baik di sebelah pagi merupakan petanda baik bagi proses penggundian untuk berjalan lancar sebaik para pengundi mula beratur sebelum pusat mengundi dibuka bagi memilih sama ada calon Barisan Nasional (BN) Robert Lau Hui Yew, calon DAP Wong Ho Leng atau calon Bebas Narawi Haron.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan kira-kira 80 peratus akan keluar mengundi bagi pilihan raya kecil ini.

Para pengundi dinasihatkan keluar awal hari ini kerana Jabatan Meteorologi Department meramalkan ribut petir di sebelah tengah hari.

Polis menggerakkan 2,000 petugas bagi memastikan penggundian berjlan lancar. Sepuluh pusat mengundi akan ditutup pada pukul 1 tengah hari, lima pada pukul 2 petang, enam pada pukul 3 petang, dua pada 4 petang dan 22 pada 5 petang.

Semua kotak undi akan dibawa ke pusat pengiraan di Pusat Sivik Sibu di sini. Keputusan bagi pertandingan tiga penjuru dijangka diumumkan oleh SPR, dan paling awal keputusan dijangka dapat dketahui ialah pukul 9 malam. - BERNAMA

Artikel Lain