suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

ADUN Kerdau Semakin Pulih

KUANTAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) Ahad lepas, kini beransur pulih.

Ketua Umno Bahagian Kuala Krau, Datuk Ismail Mohammad Said yang menziarahi Zaharuddin di IJN hari ini berkata, Zaharuddin, 63, sudah boleh berinteraksi dengan anggota keluarga dan para pelawat yang menziarahinya.

"Beliau tidak lagi menggunakan alat bantuan penafasan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Zaharuddin dipindahkan ke IJN selepas berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya setelah menjalani pembedahan ulser usus di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh.

Beliau dimasukan ke Hoshas, Temerloh pada 3 April lepas setelah mengadu sakit bahagian perut.

Ismail berkata, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah turut berkenan menziarahi Zaharuddin, pagi tadi. - BERNAMA

Artikel Lain