Zulkifli Noordin Nafi Akan Turun Ke Hulu Selangor Jumaat Ini Bantu BN Kempen - Semasa | mStar

Zulkifli Noordin Nafi Akan Turun Ke Hulu Selangor Jumaat Ini Bantu BN Kempen

HULU SELANGOR: Anggota Parlimen Kulim Bandar-Baharu Zulkifli Noordin hari Isnin menafikan laporan sebuah portal berita yang mengatakan beliau akan turun berkempen untuk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor, Jumaat ini.

Bekas anggota Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini wakil Bebas itu berkata beliau sekarang berada di Amerika Syarikat sejak 7 April lepas dan akan kembali ke tanah air seawal-awalnya pada Ahad ini iaitu pada hari pembuangan undi.

"Saya ingin menegaskan bahawa saya berada di Amerika Syarikat sejak 7 April dan akan mengadakan beberapa lawatan kerja serta perbincangan dan menghadiri beberapa program yang telah diatur sama ada di Washington, New York dan Emiriyah Arab Bersatu.

"Saya akan hanya kembali ke Malaysia insya-Allah seawal-awalnya hari Ahad, 25 April. Oleh itu adalah mustahil untuk saya berada di Hulu Selangor berkempen untuk BN pada hari Jumaat ini," katanya menerusi blog beliau www.zul4kulim.blogspot.com.

Portal berita Malaysian Insider hari ini melaporkan bahawa beberapa anggota Parlimen Bebas iaitu Datuk Ibrahim Ali (Pasir Mas), Datuk Seri Zahrain Hashim (Bayan Baru) dan Zulkifli akan berkempen untuk BN pada Jumaat ini.

Zulkifli yang mengutuk laporan itu juga mendesak portal berita tersebut menarik balik laporan berkenaan dan memohon maaf kepada beliau, serta menyiarkan permohonan maaf dan penarikan balik laporan palsu tersebut di dalam portal mereka sebagai berita utama.

"Saya juga menuntut pihak Malaysian Insider menghentikan segala laporan palsu tersebut dengan serta-merta dan tidak mengulanginya lagi," katanya.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

39 Kes Baru H1N1 Dikesan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain