suria

Zambry Yakin Dr Chua Soi Lek Mampu Perkukuhkan MCA Perak

IPOH: Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yakin pelantikan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai Pengerusi Badan Perhubungan MCA Perak mampu mengukuhkan parti itu dan meningkatkan keyakinan masyarakat Cina terhadap Barisan Nasional (BN) negeri.

Zambry yang juga Pengerusi BN negeri berharap Dr Chua dapat meneruskan agenda perjuangan MCA di Perak, sekaligus sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Saya mengharapkan beliau dapat mengukuh parti dan BN di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Perak di Dewan Bandaran, di sini hari ini.

BN negeri mengalu-alukan kehadiran Dr Chua sebagai Pengerusi MCA Perak, katanya.

Dr Chua mengambil alih jawatan itu daripada Datuk Kong Cho Ha yang kini dilantik sebagai Setiausaha Agung MCA. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain