suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zambry Yakin Soi Lek Mampu Perkukuhkan MCA Perak

IPOH: Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yakin pelantikan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai Pengerusi Badan Perhubungan MCA Perak mampu mengukuhkan parti itu dan meningkatkan keyakinan masyarakat Cina terhadap Barisan Nasional (BN) negeri.

Zambry yang juga Pengerusi BN negeri berharap Dr Chua dapat meneruskan agenda perjuangan MCA di Perak, sekaligus sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Saya mengharapkan beliau dapat mengukuh parti dan BN di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Perak di Dewan Bandaran, di sini semalam.

BN negeri mengalu-alukan kehadiran Dr Chua sebagai Pengerusi MCA Perak, katanya.

Dr Chua mengambil alih jawatan itu daripada Datuk Kong Cho Ha yang kini dilantik sebagai Setiausaha Agung MCA. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain