Batalion Ke-6 RAMD Kem Bukit Pinang Berpindah Ke Kem Baru - Semasa | mStar

Batalion Ke-6 RAMD Kem Bukit Pinang Berpindah Ke Kem Baru

ALOR SETAR: Batalion Ke-6, Rejimen Askar Melayu Diraja (6RAMD), Kem Bukit Pinang dekat sini hari ini memindahkan operasinya ke kem yang baru siap dibina di Tok Jalai, Jitra dekat sini.

Panglima Briged Ke-6 Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Abu Muslim Ismail berkata, kem baru yang terletak kira-kira dua kilometer dari kem Bukit Pinang itu, dilengkapi dengan infrastruktur moden yang sekali gus menunjukkan peningkatan kualiti hidup warga 6RAMD.

"Umumnya pembinaan kem baru bernilai RM92 juta ini termasuk kawasan riadah, lapang sasar 25 meter, bangunan pejabat dan penginapan untuk anggota bujang.

"Ia tidak termasuk rumah keluarga, tetapi rumah sedia ada anggota berkeluarga itu akan dibangunkan semula sekiranya mendapat peruntukan pada masa akan datang," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas upacara serah terima kem kepada pasukan Rejimen 513 Askar Wataniah, di Kem Bukit Pinang, dekat sini hari ini.

Upacara penyerahan itu disempurnakan antara Pegawai Memerintah 6RAMD, Lt. Kolonel Isa Daud dan Timbalan Komander Rejimen 513 Askar Wataniah, Leftenan Kolonel Sahimi Hashim.

Pasukan Rejimen 513 Askar Wataniah yang sebelum ini berpangkalan di Sungai Petani akan berpindah ke kem Bukit Pinang, manakala sebelum ini 6RAMD beroperasi di kem berkenaan sejak 1997. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain