ADUN Pembangkang Keluar Sidang DUN Perak - Semasa | mStar

ADUN Pembangkang Keluar Sidang DUN Perak

IPOH: Kesemua 28 wakil rakyat pembangkang keluar meninggalkan sidang Dewan Undangan negeri (DUN) Perak hari ini kerana tidak berpuas hati dengan perjalanan mesyuarat yang masuk hari kedua.

Semua wakil daripada pakatan pembangkang meninggalkan dewan kira-kira sejam selepas persidangan bermula pada 10 pagi.

Sebelum itu, sebaik sidang bermula dengan sesi soalan lisan, wakil-wakil pembangkang membuat kecoh membantah Speaker Datuk R. Ganesan sebagai tidak sah.

Sepanjang sesi berkenaan, wakil rakyat pembangkang terus membuat bising dan tidak mengambil bahagian bagi mengemukakan soalan hingga sesi berlangsung kira-kira 10.45 pagi. Hanya wakil Barisan Nasional mengemukakan soalan bagi sesi itu.

Bercakap pada sidang akhbar di luar dewan, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Pasir Panjang daripada PAS, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata wakil rakyat pakatan pembangkang meninggalkan dewan kerana Ganesan gagal memainkan peranannya sebagai Speaker dan tidak mengikut Perintah Tetap.

Sementara itu, Datuk Shaahrani Mohamad (BN-Rungkup) mencadangkan supaya gelaran Datuk Seri dan Datuk yang masing-masing dikurniakan kepada Mohammad Nizar, yang juga bekas Menteri Besar, serta Adun Sitiawan daripada DAP Datuk Ngeh Koo Kam dilucutkan oleh Istana Perak.

Ketika membahaskan usul menjunjung kasih atas titah ucapan perasmian sidang dewan oleh Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah, beliau turut meminta supaya undian dibuat terhadap usul yang dikemukakannya itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain