Keluarga Benjy Sudah Diberitahu Sebab Penahanannya - Polis - Semasa | mStar

Keluarga Benjy Sudah Diberitahu Sebab Penahanannya - Polis

KUALA LUMPUR: Polis telah memberitahu sebab-sebab penangkapan semula pelakon Khairell Benjamin Ibrahim atau Benjy, 31, kepada ibunya, dramatis dan pelakon terkenal Azean Irdawaty dan keluarganya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur Asisten Komisioner (ACP) Kang Chez Kiang berkata perkara itu dimaklumkan kepada mereka ketika mereka datang ke balai polis.

"Keluarganya telah datang sendiri ke balai polis untuk mengetahui sebab Benjy ditahan semula dan mereka dapat menerima keputusan tersebut," katanya kepada Bernama hari ini.

Kang bagaimanapun melahirkan rasa kecewa dengan laporan beberapa media yang menyatakan Azean tidak diberitahu sebab-sebab penangkapan semula anaknya.

"Kami berasa kecewa dengan kenyataan beberapa media berhubung perkara ini dan tidak ada masalah antara pihak polis dengan keluarga Benjy setakat ini", katanya.

Benjy ditahan semula tidak sampai dua jam setelah dibenarkan diikat jamin oleh Mahkamah Majistret di sini semalam berhubung kes dadah.

Dia ditahan ketika berada di bahagian luar pejabat kaunter pembayaran jamin di kompleks mahkamah itu oleh dua orang anggota polis pada 2.50 petang sejurus sahaja Azean selesai membayar wang ikat jamin berjumlah RM2,000. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain