suria

Anak Pegawai Polis Trafik Seremban Maut Dalam Kemalangan

SEREMBAN: Seorang remaja maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Tok Dagang di sini tengah malam tadi.

Pegawai Turus Trafik Negeri, Asisten Supritendan Abd Halil Hamzah berkata, yang terbunuh dalam kejadian kira-kira pukul 12.05 tengah malam itu ialah Nik Muhamad Amri Nik Ishak, 18, yang merupakan anak kepada Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, Asisten Supritendan Nik Ishak Nik Saad.

Beliau berkata, Nik Muhamad Amri disahkan meninggal dunia kira-kira tiga jam kemudian di Hospital Tuanku Jaafar selepas mendapat kecederaan parah di bahagian kepala.

"Remaja itu sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Ampangan apabila motosikal beliau bertembung dengan sebuah kereta di simpang empat jalan berkenaan," katanya ketika dihubungi pemberita.

Menurutnya, pemandu kereta itu yang berumur 23 tahun bagaimana pun tidak mengalami sebarang kecederaan. - BERNAMA

Artikel Lain