suria

Kanak-Kanak Lelaki Rentung Dalam Kebakaran

LAHAD DATU: Seorang kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun rentung dalam satu kebakaran yang turut memusnahkan tujuh buah rumah di Kampung Sapagaya Ulu, petang Rabu.

Salah seorang mangsa kebakaran, Shariyah Rashid, 35, yang ada pertalian keluarga dengan mangsa berkata kanak-kanak berkenaan dikenali sebagai Adiputra Yunus.

Menurut Shariyah ketika kejadian, mangsa sedang tidur di dalam rumahnya dan tidak sempat diselamatkan kakak mangsa yang sibuk menyelamatkan dua lagi adiknya yang lain.

Pegawai Operasi dan Penyelamat Bomba Lahad Datu, Abu Bakar Taraji berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.15 petang dan terus menghantar dua jentera bomba bersama tujuh anggota ke tempat kejadian.

Katanya api dapat dikawal pada jam 6.21 petang dan berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 10.04 malam.

Abu Bakar berkata 35 orang hilang tempat tinggal berikutan kejadian itu manakala punca kebakaran dan kerugian yang dialami masih dalam siasatan. - BERNAMA

Artikel Lain