suria

Akhbar Mingguan mStar Kini Di Pasaran

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Star Publications Datin Linda Ngiam (dua dari kanan) menekan butang selepas perasmian percetakan pertama di kilang percetakan, Star hub, Shah Alam. Turut serta adalah Ketua Pengarang Kumpulan The Star, Datuk Seri Wong Chun Wai (dua dari kiri) dan Pengarang Bersekutu mStar, Rozaid A.Rahman (kiri) dan Timbalan Pengarang mStar, Faridah Hitam (tengah). - Foto oleh AZMAN GHANI

SHAH ALAM: Satu majlis doa selamat diketuai oleh Ustaz Mohd Azizi dari Masjid Bukit Jelutong sempena perasmian percetakan pertama akhbar Mingguan mStar selamat disempurnakan di kilang percetakan, Star hub, di sini sebentar tadi.

Akhbar mingguan bahasa Melayu yang pertama kali diterbitkan The Star itu akan mula berada di pasaran esok, Ahad, sebagai sisipan kepada akhbar berbahasa Inggeris, Sunday Star.

Edisi pertama membawa laporan khas bertaraf eksklusif dunia dengan tajuk,'Wajah Hambali Dari Guantanamo'. Sisipan yang mengandungi 40 muka surat itu hanya boleh didapati di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam dan Putrajaya.

Khamis lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melancarkan akhbar Mingguan mStar di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Seramai 400 jemputan yang terdiri dari tokoh korporat, pengamal media dan selebriti tanah air turut memeriahkan majlis itu.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Star, Datin Linda Ngiam berkata, langkah menerbitan Mingguan mStar dibuat berikutan keyakinan syarikat terhadap potensi akhbar berbahasa Melayu itu selepas kejayaan di luar jangkaan mStar Online setelah lima tahun beroperasi.

Kata Linda, kumpulan Media Star yakin bahawa penerbitan akhbar yang asalnya secara dalam talian itu adalah langkah yang tepat.

"Penerimaan pembaca yang luar biasa terhadap mStar Online dengan purata pageview mencapai 3.5 juta hit setiap bulan memberi kami inspirasi untuk menawarkan sesuatu yang dicetak sebagai sebahagian daripada produk kami yang paling berjaya iaitu akhbar Sunday Star.

"Kerana itu kami ingin merakamkan rasa penghargaan kepada kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri yang meluluskan lesen penerbitan akhbar bahasa Melayu sulung kami," kata Linda.

Beliau memberitahu, pada awalnya pihak syarikat terkejut dengan cadangan berani menerbitkan akhbar Mingguan mStar kerana belum ada lagi akhbar bahasa Inggeris dipasarkan bersama sisipan sebuah akhbar bahasa kebangsaan.

"Memang ada sisipan pendidikan dalam bahasa Melayu tetapi ia berbeza dengan Mingguan mStar dalam Sunday Star," jelas beliau.

Linda juga memberi jaminan bahawa akhbar hujung minggu itu bukan salinan akhbar bahasa Inggeris terbitan syarikat itu. Sebaliknya, tegas beliau, Mingguan mStar memiliki kandungannya tersendiri.

"Memandangkan kami mempunyai pasukan yang komited memajukan mStar Online, kami membuat keputusan mengorak langkah mengembangkan lagi peranan pasukan tersebut.

"Mingguan mStar merupakan bahan bacaan pilihan yang ideal untuk segmen ini. Kami yakin bahawa akhbar ini akan terus berkembang," katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain